“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.” (QS. Al Ghasiyah: 17-21)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Allah mengungkapkan hal ini dalam berbagai ayat Al Quran, mengisyaratkan bahawa segala sesuatu yang Dia ciptakan sebenarnya adalah sebuah tanda, iaitu lambang dan peringatan. Dalam surat Al-Ghasiyah ayat ke-17, Allah merujuk kepada haiwan yang akan kita pelajari dan fikirkan dengan saksama, iaitu unta. Yang menjadikan unta “makhluk hidup istimewa” adalah struktur tubuhnya, yang tidak terpengaruh oleh persekitaran alam yang paling mencabar sekalipun. Tubuhnya memiliki beberapa keistimewaan, yang memungkinkan unta bertahan hidup berhari-hari tanpa air dan makanan, dan mampu mengangkut beban ratusan kilogram selama berhari-hari. Haiwan ini diciptakan khusus untuk kondisi iklim kering, dan ia diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Ini adalah tanda-tanda penciptaan yang nyata bagi orang-orang yang berakal. “Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa.”
(QS.Yunus: 6).
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Ciri-Ciri Keistimewaan Pada Unta:
Kepala Terlindung Dari Pasir :
Bulu matanya memiliki sistem pengaitan dan sebagai penapis. Dalam keadaan bahaya, bulu ini secara automatik menutup. Bulu mata yang saling berkait ini mencegah masuknya debu-debu ke mata. Hidung dan telinga ditutupi oleh bulu panjang agar terlindungi dari debu dan pasir. Lehernya yang panjang memungkinkan haiwan ini mencapai dan memakan dedaunan yang berada 3meter dari atas tanah.
Kaki Yang Sesuai Dengan Semua Jenis Tanah :
Kakinya memiliki dua jari kaki yang dihubungkan dengan bantalan elastis. Struktur ini, yang memungkinkan unta mencengkam tanah dengan kuat, terdiri dari empat bola berlemak. Ini sangat sesuai untuk berbagai jenis keadaan tanah. Kukunya melindungi kaki dari kemungkinan rosak akibat benturan. Lututnya tertutup kapalan, yang terbentuk dari kulit sekeras dan setebal tanduk. Ketika haiwan ini berbaring di pasir yang panas, struktur berkapalan ini melindunginya dari luka akibat permukaan tanah yang sangat panas.
Bonggol Unta Sebagai Simpanan Makanan :
Bonggol unta, menyediakan lemak simpanan makanan bagi haiwan ini secara berkala ketika ia mengalami kesulitan makanan dan kelaparan. Dengan sistem ini, unta dapat hidup hingga tiga hari tanpa air. Selama masa ini, unta kehilangan 33% berat badannya. Dalam keadaan yang sama, seorang manusia akan kehilangan 8% berat badannya dan meninggal dalam waktu 36 jam, dan kehilangan seluruh air dari tubuhnya.
Bulu Tebal Yang Menyekat Panas :
Bulu tebal ini terdiri atas rambut yang tebal dan kusut, yang tidak hanya melindungi tubuhnya dari kondisi cuaca dingin maupun panas, tetapi juga mengurangi kehilangan air dari tubuh. Unta Dromedari dapat memperlambat penguapan air dengan meningkatkan suhu tubuhnya sampai 41C. Dengan cara ini, ia mencegah kehilangan air. Dengan bulu tebalnya, unta dapat bertahan hidup dengan suhu hingga 50C di musim panas dan hingga -50C di musim dingin.
Daya Tahan Luar Biasa Dari Lapar Dan Haus :
Unta dapat bertahan hidup tanpa makanan dan air selama apan hari pada suhu 50C. Pada masa ini, ia kehilangan 22% dari keseluruhan berat badannya..Seekor unta kurus dapat bertahan hidup walaupun kehilangan air setara dengan 40% keseluruhan berat badan. Penyebab lain kemampuannya bertahan terhadap haus adalah adanya mekanisma yang memungkinkan unta meningkatkan suhu tubuh-dalamnya hingga 41C. Dengan demikian, ia mampu meminimalkan kehilangan air dalam iklim panas yang ekstrem di gurun pasir pada siang hari. Unta juga mampu mengurangi suhu tubuh-dalamnya hingga 30C pada malam yang dingin di padang pasir. Mereka Bahkan Dapat Memakan Duri
Perlindungan Terhadap Angin Ribut :
Mata unta memiliki dua lapisan bulu mata. Bulu mata ini saling kait seperti perangkap dan melindungi matanya dari badai pasir yang kuat. Selain itu, unta mampu menutup lubang hidungnya, sehingga pasir tidak dapat masuk.
Sebagaimana makhluk lain, unta juga dilengkapi banyak kualiti istimewa, lalu ditempatkan di muka bumi sebagai tanda kebesaran sang Pencipta. Unta diciptakan dengan ciri-ciri fizikal yang luar biasa ini untuk mengkhidmat umat manusia. Umat manusia sendiri diwajibkan untuk melihat penciptaan di seluruh jagat raya dan tunduk kepada sang Pencipta segala makhluk: Allah SWT.
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)-mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (QS. Lukman: 20).
Perlindungan Terhadap Angin Ribut :
Mata unta memiliki dua lapisan bulu mata. Bulu mata ini saling kait seperti perangkap dan melindungi matanya dari badai pasir yang kuat. Selain itu, unta mampu menutup lubang hidungnya, sehingga pasir tidak dapat masuk.
Sebagaimana makhluk lain, unta juga dilengkapi banyak kualiti istimewa, lalu ditempatkan di muka bumi sebagai tanda kebesaran sang Pencipta. Unta diciptakan dengan ciri-ciri fizikal yang luar biasa ini untuk mengkhidmat umat manusia. Umat manusia sendiri diwajibkan untuk melihat penciptaan di seluruh jagat raya dan tunduk kepada sang Pencipta segala makhluk: Allah SWT.
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)-mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.” (QS. Lukman: 20).
_________________________________________________________________________
- Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang kejadian unta
selain penciptaan langit dan bumi dan juga penciptaan-penciptaan yang lain.
Tetapi di dalam hal unta ini Al-Quran menyebutnya dengan pelbagai versi seperti
العشار di dalam Surah
At-Takwir ayat 4:
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.
Dan juga الإبل
di dalam Surah Al-Ghaashiyah ayat 17:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Mengapakah Al-Quran menyebutnya di dalam pelbagai versi?
Menurut jawapan daripada Nouman Ali Khan hafizahullah,
perkataan العشار merujuk
kepada unta betina yang bunting 10 bulan. Mengapa العشار? Ini kerana:
1) Petunjuk status kekayaan kaum Arab jahiliyyah. Tiada bagi
mereka yang lebih dihargai dari العشار.
Oleh kerana dahsyatnya hari kiamat, sesuatu yang dihargai seperti itu pun
(dalam konteks kita mungkin benda-benda lain) akan dibiarkan kerana kedahsyatan
hari kiamat membuatkan manusia lupa kepada itu semua kecuali teringat kembali
semua amalan yang telah dilakukan!
2) Perhatikan ayat ayat 8-9 surah yang sama. Selain dari
menceritakan kedahsyatan hari kiamat, surah ini mengkritik sikap jahiliyyah
yang bencikan anak perempuan (sehingga ada yang dibunuh ketika lahir) dengan
mengatakan bahawa anak-anak perempuan yang dibunuh akan ditanya atas dosa
apakah mereka dibunuh? dan dalam masa yang sama mengingatkan Jahiliyyah bahawa
dosa ini tidak akan terlepas dari pengadilan Allah. Kritikan Al-Quran juga
menunjukkan ironinya sikap jahiliyyah - unta diagungkan, anak sendiri dibunuh.
Di dalam perihal lain, apakah hikmah dan pengajaran yang
kita dapati daripada binatang yang bernama unta ini? Dan mengapa Al-Quran
banyak kali mengulangi nama dan sifat unta? Bahkan kenapa Al-Quran menyeru supaya
kita berfikir tentang kejadian unta?
Sudah pasti banyak perkara yang kita dapat pelajari dari
kejadian unta, oleh sebab itu Allah seru kita supaya kaji tentang unta.
Ulama telah buat kajian tentang unta, didapati unta ada
sifat-sifat terpuji yang harus diikuti oleh manusia, antaranya (secara ringkas)
ialah:
1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, oleh sebab itu
dia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang
bantahan. Justeru, manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam
memperjuangkan Islam.
2. Unta mentaati tuannya, oleh sebab itu dia senang
dipelihara. Justeru, manusia kena taat Tuhan dan mudah amalkan agama.
3. Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu
dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk
diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu sendiri jalan pulang. Justeru,
manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat maka sentiasa beramal
untuk akhirat.
4. Unta tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan
manusia kerana sikap malu yang tinggi, bahkan jika dia tahu ada manusia yang
intai waktu dia mengawan maka dia akan marah dan mungkin akan bunuh orang
tersebut. Justeru, manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukan
senang-senang buat maksiat depan khalayak orang, bahkan ada manusia yang lebih
teruk dari binatang dalam bab ni hingga tak malu bercumbu-cumbu di hadapan
orang.
5. Unta tidak akan berkongsi bini macam binatang lain.
Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.
6. Unta mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling,
jika musim sejuk maka kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya kerana ada
aliran pemanas badan. Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana
kulitnya mampu menyesuaikan diri. Justeru, manusia harus pandai dalam bergaul
dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.
7. Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, hati
unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat.
Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat
bukannya mudarat dan racun bagi umat.
Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh disyarahkan dan
ditafsirkan dari sikap-sikap unta untuk renungan manusia. Apa yang dah diberi
tu pun cukup sebagai pengajaran buat manusia yang sering bongkak dan sombong
terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Kita sebagai manusia harus
mensyukuri nikmat Allah bukannya merasakan diri kita lebih bagus. Dan semoga
kita mengambil manfaat daripada sifat-sifat kejadian unta.

No comments:
Post a Comment